Kerja online yang anda boleh buat dari rumah

 

Kerja dari rumah merupakan impian semua orang. Tahukah anda, di zaman millennia ini, anda boleh menjana pendapatan yang sangat tinggi dengan hanya berkerja secara part-time (kerja online) dirumah. Berikut merupakan contoh pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah dan boleh memberi pendapatan yang lumayan.

Youtuber

Tahukah anda dengan YouTube anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan daripada pengiklan yang disediakan oleh pihak YouTube jadi kenapa tidak anda mencubanya? Caranya anda hanya perlu create channel YouTube, upload video-video anda tengah masak,balik kerja,main game, prank kawan,prank bini atau apa sahaja aktiviti yang anda lakukan dirumah atau tempat kerja kemudian upload dan monetization video anda. Hanya dengan bermain satu permainan dan menyiarkannya secara live, anda akan mendapat hasil yang agak lumayan.  Syarat untuk monetization adalah, channel anda perlu ada 1000 subscribers dan 4000 jam tonton untuk dapat duit dalam bentuk USD dengan mudah dan cepat.

Kerja Freelance

Anda mempunyai kemahiran-kemahiran seperti melukis, membina laman sesawang, edit,menulis atau apa sahaja kemahiran berkomputer kenapa tidak anda jual bakat anda ini di internet? Caranya sangat mudah anda hanya perlu cari customer anda dari laman freelancing.my atau remotelah.com. Di sini terdapat ribuan malah jutaan customer yang sedang menanti kemahiran anda.

Dropshiper

Jangan sia-siakan social media anda gunakan social media anda untuk menjana pendapatan dengan dropship. Tahukan anda, kebanyakkan rakan-rakan anda menggunakan pelbagai produk kecantikan/kesihatan sebagai kegunaan harian mereka jadi jika mereka tahu anda menjualnya pasti mereka lebih suka membelinya terus dari anda jadi kenal pasti produk yang rakan anda guna dan mohon kepada penjual produk yang mereka guna untuk menjadi agent dropship mereka.

Pemasar Affiliate

Pemasaran affiliate adalah pemasaran rujukan/referral marketing di mana anda menjana pendapatan melalui komisen. Katakan anda mempunyai laman web dan merujuk buku di Amazon. Apabila pengunjung mengklik pautan afiliasi dan membeli buku, Amazon akan membayar anda komisen daripada jualan tersebut. Ramai orang melakukan pemasaran affiliate kerana ia membolehkan anda mendapatkan wang secara pasif dengan kos permulaan yang sedikit.

Social Media Influencer

Social Media Influencer merupakan individu yang mempunyai pengaruh di dalam komuniti media sosial. Influencer ini mampu mempengaruhi dan meyakinkan pengikut mereka untuk membeli produk atau servis yang mereka syorkan atau review. Anda mungkin sudah sedia maklum tentang kaedah influencer ini menjana pendapatan melalui media sosial mereka, namun tahukah anda pendapatan untuk social media influencer boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu post di media sosial.

Blogger

Blogging adalah murah dan mudah untuk dimulakan. Anda boleh bermula dengan  menulis mengenai subjek technologi atau makanan kegemaran. Anda boleh mempamir iklan google adsense dilaman web dan lama-kelamaan anda akan dapat menjana pendapatan dari situ. Perlu diingatkan bahawa anda memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebaik-baiknya anda menulis mengenai perkara yang anda minati.

Mengajar

Adakah anda pandai bermain alat muzik? Bolehkah anda membina laman web? Apa pun pengetahuan atau pengalaman anda, orang akan membayar anda kerana berkongsi maklumat dengan mereka. Walaupun anda tidak mahu orang datang ke rumah anda, anda sentiasa boleh memulakan program pengajaran dalam talian online seperti Zoom dan Google Meet.

Penterjemah

Jika anda mahir di dalam bahasa tertentu, anda boleh menjadi penterjemah yang menterjemah dokumen ataupun jurubahasa untuk diplomat. Anda perlu mahir dengan Bahasa berlainan dan pandai bertulis.

Pereka Grafik & Web

Pada musim pandemik covid-19 ini, hampir semua pemilik bisnes di Malaysia mula mewujudkan bisnes mereka secara atas talian dengan membangunkan laman web.  Bergantung pada jenis tugasan serta kepakaran anda, anda boleh memperoleh pendapatan di antara RM5,000 – RM10,000 sebulan dengan membangunkan sesebuah laman web dan pereka grafik design. Anda perlu ada kemahiran di bidang pembinaan laman web atau aplikasi grafik seperti photoshop, coreldraw atau Adobe.

Rumusannya kerja part time atau kerja online diatas adalah pekerjaan yang sangat mudah untuk anda lakukan dengan modal zero dan berpotensi untuk menjana pendapat sehingga ribuan ringgit sebulan jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.